NUTP gesa kementerian segera laksana kod etika ibu bapa, lindungi guru

Sumber foto: NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL

KANGAR, 16 Muharram 1439H, Jumaat – Kongres Kesatuan Guru Kebangsaan (NUTP) mahu Kementerian Pendidikan melaksanakan segera satu kod etika ‘Ibu Bapa’ untuk melindungi guru selain dapat mengharmonikan hubungan kedua-dua pihak.

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata, kod etika itu juga akan memastikan maruah dan emosi guru-guru tidak terjejas akibat tekanan berpunca daripada serangan ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap mereka.

“NUTP membuat cadangan kepada Kementerian Pendidikan setahun lepas tetapi sehingga sekarang tiada perkembangan. Oleh itu kita perlu mengambil tindakan dahulu seperti dilaksanakan oleh negara-negara maju, bukan mengambil tindakan apabila berlaku musibah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran CDERT (Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti)-NUTP dan pemakaian pangkat pegawai bersekutu CDERT-NUTP oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di sini, malam tadi.

Kamarozaman berkata NUTP akan mengambil tindakan proaktif dengan mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa, badan-badan bukan kerajaan serta membincangkan rangka kod etika itu bersama peguam sebelum dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.

“Kebanyakan kes guru diserang ibu bapa berlaku di bandar. Walaupun tidak banyak namun ia tetap memberi kesan kepada guru dan ‘penyakit’ tersebut boleh merebak menjadi lebih besar dan akhirnya hubungan antara guru dan ibu bapa menjadi tidak harmoni,” katanya.

Mengenai Bajet 2018, beliau merayu kerajaan menambah peruntukan penyelenggaraan sekolah memandangkan banyak sekolah terutama di luar bandar yang berusia lebih 30 dan 20 tahun perlu diselenggara atau dibaik pulih segera bagi menjamin keselamatan pelajar dan guru.

“Untuk melaksanakan transformasi dan melahirkan modal insan berkualiti, pendidikan amat penting,” katanya dan menambah peruntukan RM600 juta untuk penyelenggaraan 10,600 sekolah di seluruh negara dalam Bajet 2017 tidak mencukupi. – Bernama

The post NUTP gesa kementerian segera laksana kod etika ibu bapa, lindungi guru appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian