PAS beri pilihan rakyat tidak undi BN, PH

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 15 Muharram 1439H, Khamis – PAS nekad mahu bertanding lebih 100 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya ke14 akan datang, sebagai pilihan kepada rakyat untuk tidak mengundi Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Pada PRU13, PAS hanya bertanding 73 kerusi Parlimen dan 236 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat (LDPP), Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, PRU14 akan menjadi jumlah kerusi terbanyak yang ditandingi PAS sepanjang sejarah pilihan raya di negara kita.

Tujuannya beliau berkata, ia dapat mengurangkan cengkaman BN sedikit demi sedikit di dalam masyarakat.

“Walaupun matlamat adalah kemenangan, namun ia hanya akan berlaku dengan penghakisan terhadap pengaruh UMNO yang begitu tebal di dalam masyarakat,” katanya.

Dalam masa sama jelas Ustaz Abduh, PAS sangat berharap keterlibatan parti Islam itu dalam banyak kerusi Parlimen, dapat menjauhkan masyarakat daripada terpedaya dengan si mulut manis DAP dan rakan PHnya.

“Tanpa PAS bertanding, rakyat akan terperangkap untuk memilih. BN dan PH kedua-duanya bukanlan pilihan untuk Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PAS melalui Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga sebelum ini memaklumkan sedang mengenalpasti kawasan Parlimen yang akan ditandingi.

Mengulas lanjut Ustaz Abduh berkata, PRU14 akan datang akan mendedahkan ahli PAS dan penyokong dengan ilmu dan selok belok pilihan.

Ini kerana katanya, BN dalam sejarah terdahulu sentiasa datang dengan tipu daya dan penipuan licik.

“Ia akibat kelompangan yang dibiarkan wujud di dalam sistem dan peraturan pilihanraya oleh SPR. Maksudnya adalah pertandingan berat sebelah yang memihak kepada BN,” katanya.

The post PAS beri pilihan rakyat tidak undi BN, PH appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian