PBB bersedia hadapi perpindahan besar-besaran Rohingya

GENEVA, 21 Muharram 1439H, Rabu – Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu mereka dalam keadaan berwaspada mengenai keadaan terbaru dalam krisis di Myanmar selepas 11,000 Muslim Rohingya melintasi sempadan ke Bangladesh pada Isnin.

Pegawai PBB berkata, ramai dalam kalangan pelarian yang baru tiba telah berjalan berhari-hari untuk mencari keselamatan.

Minggu lepas, secara purata 200 orang sehari melintasi sempadan Myanmar ke Bangladesh.

Pegawai itu juga berkata, ramai pelarian baru tiba dalam keadaan trauma selepas melarikan diri daripada menjadi mangsa pembunuhan dan pembakaran kampung-kampung.

Pelarian Rohingya itu juga terdedah risiko untuk menghidapi penyakit bawaan air dan ada sebilangan mereka yang cedera selepas membuat perjalanan itu.

“Kami dalam situasi berwaspada selepas peningkatan bilangan pelarian. Ini adalah suatu peningkatan besar apabila melihat 11,000 orang pelarian,” kata Andrian Edwards, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Pelarian PBB (UNHCR) memberitahu pemberita di Geneva.

Wakil BBC di Geneva, Imogen Foulkes berkata bahawa UNHCR dan pekerja bantuan sedang bergelut untuk membantu lebih setengah juta Rohingya yang telah melarikan diri beberapa minggu yang lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF, pada masa ini telah memulakan kempen vaksinasi cholera secara besar-besaran dekat Tengara Bangladesh di Pekan Cox’s Bazar.

Mereka berharap dapat mencegah penyakit cirit-birit di kem pelarian yang padat yang kurang sumber air bersih atau kurang sanitasi.

Lebih 10,00 kes cirit-birit telah dikesan sejak minggu lepas. WHO berkata, perkara yang lebih merisaukan adalah peningkatan kes cholera – salah satu bentuk virus cirit-birit yang boleh membunuh dalam masa 36jam.

“Ini adalah kempen oral vaksinasi kedua terbesar di dunia selepas Haiti pada 2016,” kata Endouard Beigbeder, wakil Unicef di Bangladesh.

“Cholera adalah penyakit berbahaya terutama kepada kanak-kanak dalam kawasan populasi padat, tidak bersih. Langkah pencegahan adalah sangat penting,” katanya.

Lebih 1,000 orang akan dibekalkan dengan vaksin, dan disebarkan di seluruh kem yang menjadi rumah-rumah pelarian itu. – Agensi

The post PBB bersedia hadapi perpindahan besar-besaran Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian