Pelajar bermasalah masih diberi peluang kedua

KEPALA BATAS, 22 Muharram 1439H, Khamis – Pelajar yang dibuang sekolah kerana terlibat masalah disiplin termasuk buli masih diberi peluang kedua untuk menyambung pengajian ke sekolah lain.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, meskipun pelajar bermasalah dikenakan tindakan buang dari sekolah, namun rekodnya masih tersimpan dalam sistem kementerian.

Justeru katanya, pelajar terbabit masih boleh meneruskan pelajaran mereka dengan memohon masuk ke sekolah lain.

“Pelajar yang dibuang sekolah masih berpeluang memohon masuk ke sekolah lain kerana kita tidak mahu mereka tercicir dari arus pendidikan nasional.

“Mereka boleh memohon ke sekolah lain dan tidak boleh kembali ke sekolah lama,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, hanya pelajar yang terbabit dalam kes serius sahaja akan dikenakan tindakan buang sekolah, dan ia adalah langkah terakhir jika mereka tidak boleh lagi belajar di sekolah lama.

“Sebab itu, kes buli perlu dilihat dari pelbagai aspek dan hanya kes serius akan dibuang sekolah.

“Contohnya, walaupun menyembunyikan beg sekolah pelajar lain juga boleh dianggap sebagai buli, jadi kita perlu jelas mengenai jenis buli itu,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menolak cadangan untuk mewujudkan kelas atau sekolah khas bagi menempatkan pelajar bermasalah.

Ini kerana katanya, kementerian itu berpendapat bahawa hukuman buang sekolah ke atas pelajar terbabit masih relevan untuk diguna pakai.

The post Pelajar bermasalah masih diberi peluang kedua appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian