Penganjur berdegil teruskan pesta makanan, minuman Jerman di Klang

BANGI, 12 Muharram 1439H, Isnin – Tatkala pihak berkuasa berulang kali menegaskan supaya penganjuran pesta arak atau seumpamanya dibatalkan, namun penganjur festival makanan ‘Centro Mall German Food & Beverage Festival’ tetap mahu meneruskan acara berkenaan.

Naib Pengerusi parti rasis dan cauvinis DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, walaupun polis mengeluarkan arahan pembatalan, namun pesta berkenaan akan tetap diteruskan berdasarkan kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK), sebelum ini.

“Pendirian penganjur ialah akan teruskan (Pesta Makanan dan Minuman Jerman), sebab saya difahamkan mereka sudah memperoleh surat kebenaran permit sementara dari MPK bertarikh 28 September lalu, berserta 20 syarat dan bayaran RM400.

“Tetapi bayaran itu belum dijelaskan kerana MPK menangguhkannya berikutan kenyataan polis menarik balik sokongan permohonan berkenaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Teng berkata, polis seharusnya bertindak bebas daripada sebarang gangguan pihak politik.

“Polis Klang Utara kata terpaksa menarik balik kerana mendapat arahan dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri tetapi selepas itu, beliau (Ahmad Zahid) pula kata ini isu teknikal dan operasi, kena tanya polis.

“Polis dalam keadaan keliru dan ulasan mereka tidak boleh dipercayai serta tidak meyakinkan. Apabila dia tidak dapat bertindak dengan profesional, bagaimana kita boleh terima ulasan mereka,” katanya.

Katanya, penganjuran seumpama itu bukan kali pertama diadakan sebaliknya enam tahun berturut-turut tanpa sebarang isu yang dicetuskan seperti kali ini.

“Sudah enam tahun dan tiada masalah, ini bukan kali pertama. Sebelum ini, permohonan, kelulusan dan pesta berjalan lancar malah ada pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengawal keselamatan,” katanya.

Malah dia mendakwa tiada isu ketenteraman awam kerana umat Islam tidak dibenarkan menyertai pesta itu, selain ia dianjurkan secara tertutup.

Sebelum ini, MPK membenarkan Festival Makanan dan Minuman Jerman yang dijadual 12 serta 13 Oktober ini dianjurkan dengan syarat utama tidak membenarkan umat Islam menyertainya.

Antara syarat lain yang ditekankan termasukan penganjur perlu meminta lesen daripada Pejabat Tanah sekiranya menghidangkan minuman keras dan mendapat pengesahan daripada polis.

The post Penganjur berdegil teruskan pesta makanan, minuman Jerman di Klang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian