Penganjur festival makanan, minuman Jerman gagal peroleh permit

BANGI, 13 Muharram 1439H, Selasa – Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak mengeluarkan sebarang permit kepada penganjur untuk mengadakan festival makanan dan minuman Jerman pada 12 dan 13 Oktober ini.

Semalam, Naib Pengerusi parti rasis dan cauvinis DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pihak penganjur akan tetap meneruskan festival makanan itu berdasarkan kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh MPK sebelum ini.

Bagaimanapun, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin hari ini mengesahkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak mengeluarkan permit kepada penganjur, Centro Properties Group Sdn Bhd ekoran kegagalan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata, penganjur perlu memenuhi syarat PBT antaranya mewajibkan memperoleh penilaian serta kelulusan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bagaimanapun, pihak penganjur tidak mendapat kelulusan daripada pihak PDRM.

“Oleh itu kita (MPK) tidak boleh mengeluarkan apa-apa permit kerana penganjur tidak memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Sebelum ini, MPK membenarkan Festival Makanan dan Minuman Jerman yang dijadual 12 serta 13 Oktober ini dianjurkan dengan syarat utama tidak membenarkan umat Islam menyertainya.

Antara syarat lain yang ditekankan termasukan penganjur perlu meminta lesen daripada Pejabat Tanah sekiranya menghidangkan minuman keras dan mendapat pengesahan daripada polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan tidak membenarkan penganjuran penganjuran seumpama itu ekoran wujudnya ancaman militan berkaitan dengan acara tersebut.

Menurutnya, arahan itu bukan dibuat sewenang-wenangnya kerana pihaknya tidak sesekali bertoleransi terhadap mana-mana ancaman keganasan di negara ini.

The post Penganjur festival makanan, minuman Jerman gagal peroleh permit appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian