Penganjur mahu jadikan Malaysia negara penagih arak: Mapim

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 14 Muharram 1439H, Rabu – Kerajaan perlu bertegas memelihara kesihatan rakyat dengan tidak tunduk kepada pihak yang ghairah mempromosi industri arak di negara ini.

Bimbang dengan desakan sesetengah pihak yang mempertahan penganjuran pesta arak, Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihak penganjur sebenarnya hanya mahu meraih keuntungan besar atas kerosakan masyarakat.

Katanya, penganjur seolah-olah mahu menjadikan negara ini sebuah negara berimej penagihan arak.

“Penganjur tidak melihat mengadakan pesta arak di Malaysia adalah suatu yang sensitif, sedangkan Malaysia adalah negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

“Adakah Malaysia memerlukan acara seperti itu diadakan di negara ini?. Apa manfaatnya acara minum arak secara beramai-ramai secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini heboh berkenaan penganjuran pesta arak, ‘Better Beer Festival 2017’, pada 6 dan 7 Oktober ini, yang kemudiannya mendapat bantahan pelbagai pihak.

Ia susulan kenyataan tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan MyBeer Malaysia untuk menganjurkan pesta itu di Galeri Beli-belah Publika.

Bagaimanapun, muncul pula pesta makanan ‘Centro Mall German Food & Beverage Festival di Klang yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Oktober ini.

Pesta Jerman itu dilaporkan turut menyediakan hidangan arak.

Mengulas lanjut Azmi berkata, kita semua perlu tahu, kini wujud banyak gerakan anti-Arak di seluruh dunia, peliknya Malaysia pula mengalu-alukan pesta arak.

Jelas beliau, Badan Kesihatan Sedunia mempunyai kempen untuk membenteras ketagihan arak kerana jelas membawa mudharat kepada pelbagai aspek kesejahteraan masyarakat.

“Amerika Syarikat kini mempunyai 15 juta warganya yang sudah disahkan mengalami ketagihan yang teruk. Kesannya kini dirasai merentas sosial dan ekonomi masyarakatnya.

“Bahkan negara seperti India juga memiliki gerakan sivil yang meluas mahu membentaras ketagihan arak, kerana mereka tahu kesannya ke atas keluarga juga sangat parah,” katanya.

The post Penganjur mahu jadikan Malaysia negara penagih arak: Mapim appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian