Penjara, hukuman penalti untuk individu salah guna anugerah, darjah kebesaran

KUALA LUMPUR, 5 Safar 1439H, Rabu – Akta Lambang dan Nama (Pindaan) 2016 serta Akta Anugerah 2016 akan berkuat kuasa mulai hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata, akta itu diyakini berupaya menangani kes penipuan membabitkan orang awam.

Katanya, kedua-dua akta itu bertujuan untuk mengekang aktiviti penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri.

Jelas beliau, kerajaan menaikkan hukuman penalti manakala hukuman penjara dimasukkan dalam akta tersebut.

“Ia adalah untuk mencerminkan keseriusan kesalahan dan sebagai faktor pencegahan kepada masyarakat.

“Pindaan akta ini juga menunjukkan komitmen kerajaan untuk memelihara institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri daripada dicemari pihak tidak bertanggungjawab,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sehubungan itu, untuk mengelak menjadi mangsa penipuan, orang awam boleh melayari laman web protokol persekutuan www.istiadat.gov.my untuk menyemak senarai daftar semua anugerah di peringkat Persekutuan dan negeri.

The post Penjara, hukuman penalti untuk individu salah guna anugerah, darjah kebesaran appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian