Perayaan Yahudi: Israel tutup semua pintu di Tebing Barat, Semenanjung Gaza

GAZA, 15 Muharram 1439H, Khamis – Pihak berkuasa Israel mengumumkan menutup semua pintu masuk di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang didudukinya selama 11 hari sempena perayaan Yahudi, Festival Sukkot.

Kementerian Pertahanan Israel berkata, penutupan itu dijangka sehingga 14 Oktober ini, namun mendakwa membenarkan kes-kes kecemasan kemanusiaan dan perubatan.

Lewat Selasa lalu, semua persimpangan ke Tebing Barat dan Semenanjung Gaza ditutup kepada kira-kira empat juta rakyat Palestin di wilayah itu.

Rata-rata penduduk Palestin yang terjejas dengan langkah itu adalah pemegang permit kerja Israel, sehingga menyukarkan mereka untuk ke tempat kerja setiap hari.

Sebuah NGO hak asasi manusia yang berpangkalan di Ramallah, al-Haq berkata, penutupan itu disifatkan sebagai tidak sah di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk jenayah perang.

“Penutupan ini bukan sahaja melarang rakyat Palestin daripada memasuki Israel, tetapi juga menafikan hak akses mereka ke Baitulmaqdis dan menghalang pergerakan rakyat Palestin di Tebing Barat,” kata Penyelidik Undang-Undang Al-Haq, Maha Abdullah.

Beliau turut menggambarkan penutupan tersebut sebagai hukuman kolektif kerana langkah itu memberi kesan serius terhadap kehidupan rakyat Palestin dan melanggar hak mereka untuk mendapatkan rawatan, perubatan dan pendidikan.- Agensi

The post Perayaan Yahudi: Israel tutup semua pintu di Tebing Barat, Semenanjung Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?