Perkhidmatan komuter, ETS tergendala berikutan masalah bekalan kuasa

KUALA LUMPUR, 12 Muharram 1439H, Isnin – Perkhidmatan tren komuter dan tren elektrik (ETS) tergendala awal pagi tadi berikutan masalah bekalan kuasa.

Menerusi akaun twitter rasmi KTMB, masalah itu dilaporkan membabitkan laluan antara KL Sentral-Kepong dan KL Sentral-Batu Caves.

“Para penumpang komuter dimohon untuk mendapatkan pengangkutan alternatif seperti LRT atau MRT untuk ke destinasi masing-masing. Mohon maaf,” katanya.

Masalah itu dilaporkan sudah dapat diatasi sekitar jam 8.30 pagi tadi namun, jadual perjalanan masih terjejas.

“Masalah bekalan telah dapat diatasi. Walau bagaimanapun perkhidmatan komuter masih mengalami kelewatan. Mohon maaf. Terima kasih,” katanya.

The post Perkhidmatan komuter, ETS tergendala berikutan masalah bekalan kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian