Perodua tak rancang keluarkan kenderaan elektrik di Malaysia

BANGI, 5 Safar 1439H, Rabu – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan kenderaan elektik (EV) di pasaran Malaysia dalam masa terdekat, walaupun rakan kongsinya Daihatsu melancarkan EV konsep di Pameran Motor Tokyo, hari ini.

Daihatsu Motor Co (Daihatsu) adalah pemegang 20 peratus saham dalam Perodua dan 51 peratus kepentingan dalam sayap pengeluarannya, Perodua Auto Corp Sdn Bhd.

Memetik laporan The Star, Timbalan Presiden Perodua Auto, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang memberitahu pemberita di Tokyo hari ini, berkata kenderaan hybrid dan EV memerlukan infrastruktur mencukupi, dari segi kemudahan mengecas dan bateri lithium ion yang dapat digunakan sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan satu kajian mengenai kesan pengeluaran EV dan keperluan di pasaran negara ini akan dilakukan, jika Perodua yakin infrastruktur mencukupi disediakan bagi menyokong industri EV.

Mengenai Perodua di Malaysia, beliau berkata, Perodua Auto akan terus meningkatkan kecekapan teknologi enjin serta penggunaan bahan api untuk pengeluaran kenderaan akan datang.

“Berpaksikan konsep melangkah ke hadapan, Perodua kini sedang menjalankan kajian mengenai cara meningkatkan lagi penggunaan bahan bakar untuk enjin kenderaan.

“Bezza antara kenderaan keluaran Perodua pertama yang mempunyai kecekapan bahan bakar, ini dibuktikan dengan kelebihan kenderaan berkenaan yang boleh bergerak sehingga 22.8 kilometer (km) bagi transmisi manual, manakala automatik pula 21.3km untuk seliter petrol,” katanya.

The post Perodua tak rancang keluarkan kenderaan elektrik di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian