Piala Malaysia: 7 ditahan dipercayai cetus kekecohan di Ipoh

BANGI, 26 Muharram 1439H, Isnin – Polis menahan tujuh individu dipercayai terlibat dalam kekecohan di tempat awam selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, malam tadi.

Tujuh lelaki berusia antara 18 hingga 29 tahun itu ditahan ketika bergaduh di tempat awam di pintu F stadium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, hasil siasatan lanjut bagaimanapun mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Hasil pemeriksaan mendapati ketujuh-tujuh suspek berasal dari negeri ini iaitu Manong, Kamunting dan Ipoh.

“Polis masih meneruskan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, dua lelaki termasuk seorang anggota polis cedera di perut dan dahi selepas terkena mercun sejurus tamat perlawanan separuh akhir pertama itu.

The post Piala Malaysia: 7 ditahan dipercayai cetus kekecohan di Ipoh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian