Piala Malaysia: Tujuh penyokong Perak mengaku salah cetus kekecohan

BANGI, 27 Muharram 1439H, Selasa – Tujuh penyokong Perak mengaku bersalah kerana mencetuskan kekecohan di tempat awam selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara negeri itu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ahad lalu.

Tujuh individu terbabit – Mohamad Noramin Anuar, 29; Wan Nazirul Shahpri Wan Mazran, 23; Daim Mokhtar, 18; Muhammad Afif Ashrani Muhsin, 24; Muhamad Arif Ashraf Muhsin, 21; Mohd Mansur Mat, 28 dan Aizat Ariff Fadilah, 25 – mengaku bersalah di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah hari ini.

Siti Hanum mengarahkan setiap tertuduh membayar denda RM500 atau berdepan hukuman penjara tujuh hari jika gagal menjelaskannya.

Memetik laporan media, ketujuh-tujuh tertuduh membayar denda tersebut.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka dituduh terlibat dalam pergaduhan di Pintu F Stadium Perak pada pukul 1.08 minit pagi semalam.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing.

The post Piala Malaysia: Tujuh penyokong Perak mengaku salah cetus kekecohan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian