Polis batal pesta arak sebab terima ancaman sabotaj

BANGI, 14 Muharram 1439H, Rabu – Keputusan tidak membenarkan penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 tiada kaitan dengan sensitiviti agama, perkauman mahupun desakan politik.

Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menerima maklumat wujud perancangan untuk mensabotaj pesta berkenaan jika ia diteruskan.

Katanya, penganjuran festival yang sama pada beberapa tahun sebelumnya, tidak pernah disekat kerana tiada maklumat mengenai ancaman sedemikian.

“PDRM tidak akan sesekali tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak yang mahu agar maklumat keselamatan didedahkan, khususnya dari mereka yang daif tentang keperluan menjaga kerahsiaan operasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PDRM juga tidak akan menggadaikan keselamatan rakyat dan harta benda awam hanya kerana wujud tekanan daripada pihak yang berkepentingan.

“Keputusan yang diambil adalah perlu kerana kita semua harus faham bahawa memerangi ancaman militan bukanlah sesuatu yang mudah.

“Kuasa-kuasa besar dunia yang memiliki kecanggihan teknologi sekalipun gagal menyekat negara mereka daripada terus menjadi sasaran militan,” katanya.

Better Beer Festival 2017 sepatutnya diadakan pada Jumaat dan Sabtu ini di Galeri Beli-belah Publika, di ibu negara, turut tidak mendapat permit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

The post Polis batal pesta arak sebab terima ancaman sabotaj appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian