Polis Indonesia tahan 58 individu dalam sauna gay

JAKARTA, 18 Muharram 1439H, Ahad – Polis Indonesia menahan 58 lelaki, termasuk beberapa warga asing dalam serbuan di sebuah sauna gay di sini, kelmarin, tindakan terbaharu dalam usaha mengekang kegiatan homoseks di negara itu.

Serbuan di sebuah bangunan yang menempatkan sauna dan gimnasium dilakukan selepas menerima maklumat orang awam yang mengatakan tempat itu diguna untuk kegiatan pelacuran.

“Kami menahan 51 individu dan tujuh pekerja pusat terbabit atas dakwaan menyediakan perkhidmatan pornografi,” kata jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono dalam satu kenyataan.

Enam warga asing antara yang ditahan, termasuk empat dari China, seorang Thailand dan seorang lelaki Holland.

Walaupun homoseks dan gay dibenarkan di Indonesia, kecuali di wilayah Aceh, tetapi polis menggunakan undang-undang tegas antipornografi atau dadah untuk menghalang kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Katanya, enam daripada mereka yang ditangkap akan dituduh mengikut undang-undang antipornografi Indonesia yang boleh menyebabkan mereka dipenjara sehingga enam tahun.

Tindakan terbaharu itu juga berikutan kebangkitan majoriti warga Indonesia yang menentang kegiatan LGBT. Indonesia mempunyai paling ramai umat Islam di dunia.

May lalu, 141 lelaki ditangkap atas tuduhan mengambil bahagian dalam parti seks di Jakarta. – Agensi

The post Polis Indonesia tahan 58 individu dalam sauna gay appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?