Polis siasat gimik Jamal bantah pesta arak

BANGI, 15 Muharram 1439H, Khamis – Polis akan menyiasat laporan berhubung gimik yang dilakukan Datuk Seri Jamal Md Yunos apabila memecahkan lebih 100 botol arak di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, hari ini.

Mengesahkan menerima laporan berhubung insiden itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya akan membuat siasatan lanjut.

“Kita jalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pagi tadi, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia itu dilaporkan membuang kotak berisi minuman keras di pintu pagar bangunan SUK sebelum memecahkan lebih 100 botol arak berkenaan menggunakan tukul besi.

Tindakan itu didakwanya sebagai membantah sebarang penganjuran pesta arak besar-besaran secara terbuka di negeri ini.

The post Polis siasat gimik Jamal bantah pesta arak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?