Polis siasat rakaman video pegawai berhibur dengan tauke judi


BANGI, 19 Muharram 1439H, Isnin – Polis menyiasat satu rakaman video menunjukkan beberapa pegawainya dari Muar berhibur di sebuah kelab hiburan bersama tauke judi.

Video berdurasi 9 saat itu dikongsi di akaun Facebook, dan kemudiannya dimuat naik di Youtube.

Klip itu dimuat naik kurang dua minggu selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa mempunyai bukti seorang pegawai tinggi polis di Johor membantu tauke judi.

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menunggu laporan penuh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader mengenai klip itu.

“Siasatan telus akan dilakukan tanpa melindungi mana-mana anggota polis sekiranya terbukti mereka terlibat dengan salah laku dan integriti,” katanya.
Fuzi berkata, polis bertindak sekiranya ada pegawai didapati berkomplot dengan tauke judi haram seperti yang didakwa.

“Polis tidak dapat membasmi masalah perjudian 100 peratus, tapi kami tidak mengatakan mengambil sikap sambil lewa terhadap masalah itu. Kami melakukan yang terbaik untuk menangani masalah ini.

“Saya sudah cakap banyak kali tentang usaha kami mengekang perjudian, terutamanya semasa hari pertama saya menjadi ketua polis negara,” katanya kepada sebuah portal liberal.

Terdahulu, Unit Kawal Selia Umrah PPIM, Abdul Halim Ikhsan mendakwa, perniagaan judi haram berleluasa dan subur disebabkan penglibatan pihak polis yang turut membantu kegiatan itu di negara ini.

“Kita yakin, tak perlu tipu dan rakyat sendiri tahu banyak pusat perjudian di Malaysia ‘dipayung’ oleh polis. Dan polis makan ‘paw’,” kata Halim.

The post Polis siasat rakaman video pegawai berhibur dengan tauke judi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian