Polis tetap tak benarkan pesta makanan, minuman Jerman di Klang

 


BANGI, 13 Muharram 1439H, Selasa – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan, pihaknya berkeras tidak membenarkan penganjuran festival makanan ‘Centro Mall German Food & Beverage Festival’ di Klang pada 12 dan 13 Oktober hadapan.

“Pendirian saya tegas dalam perkara ini dan saya akan beri kenyataan penuh hari ini,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Semalam, Naib Pengerusi parti rasis dan cauvinis DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berdegil mahu mengadakan festival itu, meskipun mendapat bantahan pihak berkuasa.

Teng mendakwa, polis seharusnya bertindak bebas daripada sebarang gangguan pihak politik.

“Polis dalam keadaan keliru dan ulasan mereka tidak boleh dipercayai serta tidak meyakinkan. Apabila dia tidak dapat bertindak dengan profesional, bagaimana kita boleh terima ulasan mereka,” kata Teng.

Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, polis menetapkan pendirian tidak membenarkan pesta berkenaan kerana wujud ancaman militan.

“Berdasarkan sumber risikan kita, wujud ancaman sebenar dan kita tidak akan bertoleransi terhadap perkara ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi nasihat yang betul kepada pihak berkuasa terlibat (MPK),” katanya sambil menasihatkan MPK untuk untuk tidak membenarkan penganjuran acara tersebut.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, setakat ini pihaknya hanya memberikan kelulusan permohonan dan belum memberikan permit sementara kepada pihak penganjur.

Jelas beliau, MPK menangguhkan kelulusan permit sementara penganjuran festival arak tersebut kerana penganjur gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.

Katanya, kelulusan permit sementara hanya akan diberikan sekiranya penganjur mematuhi semua syarat ditetapkan.

The post Polis tetap tak benarkan pesta makanan, minuman Jerman di Klang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian