Polis tumpas sindiket pelacuran guna aplikasi WeChat di Terengganu

 

KUALA TERENGGANU, 6 Safar 1439H, Khamis – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran ‘bergerak’ melibatkan warga asing dalam satu serbuan Ops Noda, di sebuah hotel, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Fazlisyam Abdul Majid berkata dalam serbuan berkenaan, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 19 hingga 38 tahun dan seorang wanita warga Vietnam berumur 18 tahun ditahan dalam operasi pada pukul 12.30 tengah malam itu.

“Sindiket dipercayai telah beroperasi selama seminggu di sini dan menggunakan enam akaun aplikasi ‘WeChat’ berbeza bagi memancing pelanggan di sekitar bandar raya ini untuk khidmat seks yang ditawarkan mereka.

“Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan sebelum ini turut menjadi buruan di dua lokasi berbeza iaitu di Kedah dan Kuala Lumpur dan hanya akan beroperasi di satu lokasi selama seminggu atau dua minggu sebelum bertukar ke lokasi yang lain.

Wanita warga Vietnam yang ditahan dipercayai mangsa pemerdangan orang dan kini diletakkan di bawah perlindungan pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Fazlisyam berkata, polis turut menemui sejumlah kondom, menyita sebuah van dan wang tunai RM380 yang dipercayai hasil khidmat seks yang diperoleh dari pelanggan dalam serbuan itu.

“Kesemua suspek kini ditahan reman dari 24 hingga 29 Okt ini dan kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya. – Bernama

The post Polis tumpas sindiket pelacuran guna aplikasi WeChat di Terengganu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian