Projek Saloma Link mula hujung tahun

KUALA LUMPUR, 18 Muharram 1439H, Ahad – Pembinaan jambatan bagi pejalan kaki di sini yang diberi nama Saloma Link yang akan menghubungkan ibu negara dengan Kampung Baru dijadual dimulakan pada penghujung tahun ini dan siap dalam masa satu setengah tahun.

RM20 juta sebagai kos permulaan diperuntukan bagi projek itu.

“Ia bukan jambatan biasa, ia akan menjadi ikon pembangunan Kuala Lumpur. Saya yakin projek ini akan menarik lebih ramai pelancong ke Kampung Baru,” kata Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Datuk Affendi Zahari kepada Bernama.

Saloma Link sepanjang 68 meter akan menghubung antara Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh daripada Menara Berkembar Petronas.

Arkitektur mengagumkan ini akan merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), kata Affendi.

“Ia akan dihiasi sistem pencahayaan canggih yang akan menonjolkan keunikan jambatan ini pada waktu malam, sama seperti Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia.

“Darinya kita boleh melihat Menara Berkembar tanpa sebarang halangan, sesuai untuk pelancong mengambil gambar. Jajaran laluannya menepati sudut terbaik untuk menampakkan bangunan ikon negara KLCC,” katanya.

Beliau berkata, konsep arkitekturnya akan menyamai ‘Sirih Junjung’.

“Pembinaan Saloma Link adalah selaras dengan rancangan pembangunan RM43 bilion Kampung Baru dalam tempoh 20 tahun,” kata Affendi.

The post Projek Saloma Link mula hujung tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian