PT3 bermula hari ini di seluruh negara

 

Gambar Fail: Calon peperiksaan PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam bersedia memasuki dewan. (Bernama)

BANGI, 19 Muharram 1439H, Isnin –Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula hari ini sehingga Khamis di seluruh negara.

Seramai 425,251 calon menduduki peperiksaan Bahasa Melayu pagi ini, dan Matematik untuk sebelah petang.

Daripada jumlah itu, 394,458 adalah calon sekolah kerajaan, 9,034 pula merupakan calon sekolah agama negeri, 10,949  adalah calon sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM), serta 2,540 lagi adalah calon sekolah agama rakyat.

Manakala 1,091 adalah calon sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM, 544 calon persendirian)dan 65 calon daripada sekolah integriti/ asrama akhlak serta tunas bakti.

Berdasarkan laman web Lembaga Peperiksaan, ujian PT3 merangkumi 12 kertas termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan PEndidikan Islam.

Kertas lain ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.

PT3 menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sejak 2014.

The post PT3 bermula hari ini di seluruh negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian