Rasuah di Sabah: SPRM beku aset RM179 juta

BANGI, 15 Muharram 1439H, Khamis –Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan wang tunai sebanyak RM179 juta bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan menggelapkan dana sebuah kementerian.

Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, bermula semalam, agensinya telah membekukan lebih RM150 juta dalam akaun bank.

“Hari ini pula, RM29 juta daripada lebih 10 bank juga telah dibekukan bagi membantu siasatan.

“Kita sedang kaji lagi dokumen-dokumen dan dalam masa terdekat ini beberapa individu akan dipanggil sebagai saksi. Siasatan setakat ini masih berjalan dan sebanyak 15 lokasi di Sabah telah diserbu yang mana majoritinya adalah di Kota Kinabalu,” katanya seperti dilapor Sinar Online.

Dalam operasi yang dilakukan, SPRM turut merampas akaun bank dengan deposit besar, wang tunai dan susunan dokumen termasuk penyata kewangan dari beberapa syarikat.

Sehubungan itu, SPRM akan memanggil individu yang disyaki terlibat dalam kes itu termasuk pegawai kanan di kementerian terbabit.

The post Rasuah di Sabah: SPRM beku aset RM179 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian