Reman setiausaha politik menteri disambung

PUTRAJAYA, 13 Muharram 1439H, Selasa – Tempoh reman enam hari Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Peter Runin, bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana bernilai RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dilanjutkan lima hari lagi bermula hari ini.

Perintah lanjutan reman dikeluarkan Majistret Siti Nabila Abd Rashid di Mahkamah Majistret di sini selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dapat dilakukan.

Lelaki berumur 61 tahun itu sebelum ini direman enam hari sehingga hari ini selepas ditahan di ibu pejabat SPRM pada 12.30 tengah hari Rabu lepas.

Menurut laporan media, setiausaha politik itu merupakan individu kelima yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pada 13 September lalu, SPRM telah menahan empat individu kerana disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.- Bernama

The post Reman setiausaha politik menteri disambung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian