Serangan di Las Vegas: Kematian meningkat kepada 58 orang, 515 cedera

LAS VEGAS, 13 Muharram 1439H, Selasa – Jumlah kematian meningkat kepada 58 orang, manakala 515 lagi cedera selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang pada satu konsert di Mandalay Bay Resort and Casino di sini, kata polis.

Ia adalah antara kematian tertinggi dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) membabitkan satu kejadian tembakan. Polis juga mengesahkan menjumpai mayat penyerang di dalam biliknya di Mandalay Bay Hotel.

Mereka mengenal pasti penyerang itu sebagai Stephen Paddock, 74, dan dipercayai bertindak sendirian.

Tembakan senjata automatik boleh kedengaran melalui rakam video ketika konsert ‘country music’ dikenali sebagai Route 91 Harvest Festival. Pengunjung konsert bertempiaran lari dan bersembunyi menyelamatkan diri ketika tembakan dilakukan.

Ejen Khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Aaron Rouse yang mengetuai jabatan itu di Las Vegas berkata, siasatan mendapati tiada bukti mengaitkan serangan itu dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Paddock melepaskan tembakan ke arah pengunjung konsert itu dari biliknya di tingkat 32 Mandalay Bay Resort. Anggota SWAT Jabatan Polis Las Vegas menyerbu bilik hotel itu, tetapi mendapati Paddock telah mati, dipercayai membunuh diri.

Sekurang-kurangnya 10 raifal automatik ditemui di dalam bilik itu. Paddock adalah penduduk tempatan dan motif serangan itu tidak diketahui.

Pengunjung pada mulanya menganggap bunyi tembakan itu sebagai letupan mercun, tetapi menyedari apabila sesetengahnya mula rebah terkena tembakan. – Agensi

The post Serangan di Las Vegas: Kematian meningkat kepada 58 orang, 515 cedera appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian