Serangan di Las Vegas: Pengguna laman sosial kecam Trump lewat beri reaksi

Sumber foto: AP

LAS VEGAS, 13 Muharram 1439H, Selasa – Rata-rata pengguna laman sosial hari ini mengecam Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kerana lewat memberi reaksi, selain kenyataannya yang dianggap remeh berikutan kejadian tembakan paling dahsyat dalam sejarah negara itu.

Trump menyatakan “tragedi berkenaan adalah sesuatu yang teruk”di laman twitter miliknya. Itulah reaksi pertamanya setelah beberapa jam kejadian tembakan berlaku.

“Donald Trump memberi maklum balas terhadap serangan London Bridge dalam masa dua jam, letupan di Parsons Green dalam tempoh tiga jam, tetapi kejadian di Las vegas, lebih lima jam telah berlaku Trump masih mendiamkan diri,” luah Lizzie Dearden dalam akaun twitter miliknya.

Pemilik akaun twitter yang lain, Hachiko turut meluahkan rasa terkilannya dengan sikap Trump terhadap kejadian itu.

“Trump sepanjang masa aktif dalam Twitter, masih belum beri maklum balas lagi, tidur ke?? Juga tiada tweet sama ada dari @DHSgov atau @whiteHouse,” katanya.

Rata-rata pengguna twitter meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Trump dan menganggap ucapan itu terlalu remeh, sedangkan serangan itu membabitkan sejumlah besar nyawa orang awam dan yang cedera parah.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh, manakala lebih 500 lagi cedera apabila seorang lelaki, Stephen Paddock, 64 tahun, bersenjata beberapa laras raifal melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung sebuah konsert di Las Vegas Strip.

Dalam ucapan melalui televisyen kelmarin, Trump menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, selain menyifatkan kejadian itu sebagai perbuatan jahat yang melampau.

Beberapa pengguna media sosial juga turut mengutuk Trump kerana tidak mengklasifikasikan penembak terbabit sebagai ‘pengganas’ hanya kerana penyerang itu warganegara AS.

Tahun ini sahaja, kumpulan Gun Violence Archive merekodkan sebanyak 273 kejadian menembak di tempat awam berlaku di negara itu. – Agensi

The post Serangan di Las Vegas: Pengguna laman sosial kecam Trump lewat beri reaksi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian