Serangan di Las Vegas: Stephen Paddock guna ‘bump stock’, alat yang sah di sisi undang-undang AS

LAS VEGAS, 14 Muharram 1439H, Rabu – Penembak yang menembak secara rambang orang ramai di sebuah konsert di Las Vegas telah mengunakan satu alat yang dibenarkan undang-undang Amerika Syarikat hinggakan semua orang boleh membelinya.

Ramai yang terfikir, bagaimana Stephen Paddock boleh melepaskan tembakan yang lama dan cepat sewaktu menghujani festival musik itu dengan peluru selama 15 minit. Tembakan senjata-senjata api itu yang ditembak dari bilik hotelnya telah membunuh 59 orang dan mencederakan ratusan lagi.

Kelajuan tembakan menyebabkan sesetengah percaya Paddock telah mengunakan senjata automatik. Akan tetapi senjata automatic di Amerika Syarikat dikawal ketat dan susah untuk dibeli.

Sebaliknya, Paddock menggunakan satu alat ‘bump stock’ pada sekurang-kurangnya 2 senjata yang ditemui, kata pegawai penyiasat. Kaedah yang dibenarkan undang-undang ini, adalah suatu sambungan pada senjata api, yang secara teknikalnya mengkategorikan senjata itu dalam separa-automatik, sebaliknya boleh digunakan untuk menembak secara automatik.

Alat itu telah menarik pemerhatian pihak berkuasa sejak beberapa tahun lalu, tetapi ia sah di sisi undang-undang dan mudah dijumpai di banyak negeri.

Senator California, Dianne Feinstein, telah lama menentang penggunaan alat itu. Beberapa tahun lalu, beliau memberitahu The Associated Press bahawa beliau risau dengan teknologi baru yang boleh mengubah senjata api menjadi automatik.

“Penggunaan alat ‘bump stock’ bahu ini, mengubah senjata separa automatik kepada senjata yang boleh menembak sehingga 400 ke 800 peluru dalam seminit,” kata Feinstein.

Senjata separa automatik memerlukan satu picu digunakan untuk menembak satu peluru. Manakala, dengan senjata automatik pula, satu picu boleh menembak tanpa henti sehingga kehabisan peluru.

Pembelian senjata automatik telah dihadkan di Amerika Syarikat sejak 1930an.

Pada 1986, Akta Senjata Api Kebangsaan telah dikuatkuasakan di peringkat persekutuan seterusnya melarang perpindahan atau pemilikan ‘machine gun’ oleh orang awam dengan kelonggaran kepada pembuatan dan pendaftaran senjata api sebelum itu.

Banyak cubaan untuk mereka cipta alat ini gagal hinggalah beberapa tahun lalu apabila alat ini mula dipasarkan.

Alat ini pada asasnya menggantikan tempat bahu dengan ‘tangga penyokong’ yang menutup bukaan picu. Memegang senjata pada satu tangan, dan satu lagi pada ‘barrel’ jari penembak akan tersentuh dengan picu. Sentakan daripada senjata itu, akan ke depan dan ke belakang, ‘melanggar’ picu.

Hal ini, secara teknikalnya, bermaksud, jari pada picu pada setiap das tembakan yang dilepaskan menjadikan senjata ini, sah sebagai separa automatik dalam undang-undang Amerika Syarikat.

The post Serangan di Las Vegas: Stephen Paddock guna ‘bump stock’, alat yang sah di sisi undang-undang AS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian