Serangan Las Vegas: 50 terbunuh, lebih 200 lagi cedera parah

LAS VEGAS, 12 Muharram 1439H, Isnin – Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara rambang kepada penonton konsert di Las Vegas Strip, Nevada yang mengakibatkan kira-kira 50 orang terbunuh manakala 200 orang lagi cedera parah.

Kejadian berlaku di luar bangunan Mandalay Bay Resort and Casino ketika festival Route 91 berlangsung.

Menurut polis Las Vegas, penyerang melepaskan tembakan kepada orang ramai dari tingkat 32 bangunan tersebut.

Menurut saksi, Cole Watson pada ketika itu berada di lokasi kejadian bersama isteri dan anak-anaknya berkata, dia pada mulanya terdengar seperti letupan bunga api.

“Namun, saya sekeluarga lekas menyelamatkan diri setelah mendapati bunyi itu adalah bunyi tembakan yang dilepaskan kepada orang ramai,” katanya kepada Al Jazeera.

Menurut saksi lain, Felipe Uribe, kejadian berlaku sewaktu dia sedang menonton konsert dari tingkat atas bangunan Mandalay Bay.

“Kami melihat konsert di bawah kelihatan seperti letupan bunga api. Tak lama kemudian, kami menyedari bahawa itu adalah bunyi tembakan sebenar.

“Saya melihat orang ramai berlumuran darah lari menyelamatkan diri sambil meraung kesakitan,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, suspek yang merupakan penduduk Las Vegas disahkan mati di tempat kejadian setelah ditembak polis.

Serangan ini diklasifikasikan kejadian bersenjata yang paling dahsyat di AS sejak tahun 1949. – Agensi

The post Serangan Las Vegas: 50 terbunuh, lebih 200 lagi cedera parah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian