Serangan peribadi taktik kotor: Ketua Pesuruhjaya SPRM

BANGI, 28 Muharram 1439H, Rabu – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, tidak akan patah semangat dalam memerangi rasuah di negara ini, walaupun ada pihak cuba menyerang peribadi beliau.

Menyifatkan tindakan mengedar video yang kononnya beliau mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang sebagai perbuatan jijik dan kotor, beliau berkata, perbuatan itu adalah usaha untuk menjejas dan mencemarkan imejnya.

“Saya dan rakan-rakan dalam SPRM tidak sesekali gentar dengan ugutan seperti ini bahkan tindakan agresif akan terus dilakukan bagi memerangi rasuah. Serangan ini satu taktik jijik dan kotor serta cuba melemahkan usaha SPRM sejak kebelakangan ini,” katanya.

Sejak mengetuai badan penguat kuasa itu mulai 1 Ogos lalu, beliau dengan agresif memerangi rasuah, termasuk melakukan tangkapan terhadap kes berprofil tinggi.

Malah, di bawah pengurusannya juga Dzulkifli melancarkan Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) yang mengalu-alukan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam usaha pencegahan rasuah dan memeranginya secara habis-habisan.

Awal bulan ini, beliau turut mengumumkan SPRM akan mengeluarkan senarai 10 kementerian paling banyak menerima aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

Sebelum ini, tular di media sosial kemunculan video berdurasi tiga minit, mendakwa satu pasangan telah bercerai pada 28 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ulu Klang kerana wanita itu didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Dzulkifli.

Wanita itu kemudian tampil dan berkata dia akan menanggung semua kesalahan, tetapi tidak akan mendedahkan punca sebenar perceraiannya.

Dia memohon maaf kepada Dzulkifli dan keluarganya secara terbuka di Facebook.

Berikutan itu, polis yang menerima laporan daripada seorang eksekutif pemasaran membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada kesalahan menggoda wanita yang sudah berkahwin dengan niat untuk mengadakan hubungan haram.

The post Serangan peribadi taktik kotor: Ketua Pesuruhjaya SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian