SKMM minta henti spekulasi jualan data peribadi

BANGI, 11 Safar 1439H, Selasa – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung dakwaan kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Dr Mazlan Ismail berkata, setakat ini siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

Jelas beliau, aspek keselamatan data peribadi sebenarnya tertakluk di bawah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, iaitu agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“SKMM pula ada Kod Amalan Am Pengguna Untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mempunyai peruntukan supaya penyedia perkhidmatan hendaklah menjaga keselamatan data peribadi pelanggan.

“Semua aspek masih dalam siasatan, jadi kita tidak mahu buat sebarang kesimpulan yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan, sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran data peribadi berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini berisiko.

Ia susulan laporan mengatakan terdapat pengiklanan menjual data pengguna yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

The post SKMM minta henti spekulasi jualan data peribadi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian