SPRM panggil pemimpin parti tempatan Sabah bantu siasatan

KOTA KINABALU, 19 Muharram 1439H, Isnin – Seorang pemimpin sebuah parti tempatan Sabah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) di sini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah dianggarkan RM1.5 bilion.

Pemimpin berumur 40-an itu tiba di Pejabat SPRM Sabah di sini kira-kira 10.20 pagi dengan ditemani anggota keluarga dan rakan-rakannya dalam parti itu.

Sejurus tiba di pintu masuk pejabat SPRM dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda, beliau dilihat memasuki pejabat SPRM dan ditemui beberapa pegawai SPRM yang sedia menunggu di pejabat itu.

Jumaat lepas, SPRM mereman dua individu termasuk naib presiden sebuah parti tempatan di Sabah bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana itu.

Pada hari yang sama dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu ,Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata dianggarkan RM1.5 bilion peruntukan kerajaan pusat untuk melaksanakan projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015 disyaki diseleweng sebuah kementerian.- Bernama

The post SPRM panggil pemimpin parti tempatan Sabah bantu siasatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian