SPRM tingkat pemantauan anggota penguatkuasa di pintu sempadan

ALOR SETAR, 3 Safar 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah akan meningkatkan pemantauan dalam kalangan anggota agensi penguatkuasa di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, pemantauan secara berkala itu akan dilakukan berikutan kebarangkalian berlakunya gejala rasuah dalam kalangan anggota agensi penguatkuasa adalah tinggi apabila pintu sempadan tersebut mula beroperasi 20 jam 1 November ini.

“Tidak semestinya apabila pintu sempadan mula beroperasi 20 jam nanti banyak gejala rasuah berlaku tetapi kita perlu lihat kebarangkalian untuk perkara itu berlaku adalah tinggi.

“Oleh itu, kita akan bekerjasama dengan pihak ibu pejabat untuk mempertingkatkan pemantauan di pintu sempadan tersebut sebagai usaha untuk mengelak gejala itu daripada berleluasa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan memantau kes yang melibatkan ketirisan bersubsidi berikutan bimbang akan wujudnya lebih banyak kes tersebut apabila langkah itu mula dilaksana.

Terdahulu, Timbalan Pengarah LKIM Kedah, Noorhisyam Arshad mengetuai majlis melafaz ikrar dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 120 pegawai kakitangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah hari ini sebagai usaha membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita harap dengan ikrar yang telah dibaca, mereka akan lebih ikhlas, sensitif dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan,” katanya.

Hingga hari ini, sebanyak 92 jabatan dan agensi telah menandatangani IBR di seluruh Kedah.- Bernama

The post SPRM tingkat pemantauan anggota penguatkuasa di pintu sempadan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian