“Suami bukan malaikat,isteri bukan bidadari”

JOHOR BAHRU, 7 OKT – Program KAID (Kerana Aku Isteri Dia) dan KASDI (Kerana Aku Suami Dia) anjuran bersama Biro Keluarga dan Masyarakat serta Biro WANITA ISMA, cawangan Johor Bahru telah berjaya mengumpulkan seramai 74 peserta lelaki dan perempuan yang telah berkahwin dari sekitar daerah Johor Bahru.

Program yang diadakan di Dewan Liviston Setia Tropika ini bertujuan untuk memastikan setiap pasangan cakna dengan realiti kehidupan yang sangat mencabar masa kini dan dalam masa yang sama bergiat aktif dalam urusan dakwah dan tarbiyah.

Program ini membawa dua panelis berwibawa yang mahir dalam perihal institusi kekeluargaan, iaitu, Dr.Murizah Bt Mohd Zain yang merupakan pakar perunding dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah dan juga Puan Siti Aisyah Bt Hamid, Pensyarah Psikologi dan Kaunseling Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman.

Puan Siti Aisyah yang juga merupakan AJK unit Kaunseling Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA Pusat membincangkan tajuk pertama mengenai personaliti diri dan konflik rumahtangga, beliau menegaskan “Apabila konflik terjadi, sama ada konflik yang melibatkan masalah kewangan, komunikasi dan sebagainya, ia perlu diatasi dengan segera kerana kelewatan hanya akan menambah sangkaan-sangkaan buruk terhadap satu sama lain”.

Beliau juga berkongsi tips – tips untuk mengurus konflik secara berkesan, antaranya mengenalpasti personaliti pasangan dan melakukan penyesuaian , bertolak ansur dan mewujudkan persaingan yang sihat supaya sentiasa meningkatkan ilmu dan menambahbaik kualiti diri masing – masing.

Sesuai dengan bidangnya sebagai seorang pakar sakit puan, Dr Murizah pula menekankan tentang peri pentingnya setiap pasangan yang telah berkahwin merancang kehamilan dengan baik agar dapat memberikan hak kepada setiap orang anak yang dilahirkan di samping menguruskan tanggungjawab dakwah dengan baik.

Program KAID dan KASDI merupakan acara tahunan yang membuktikan ISMA sentiasa komited dalam memastikan kelestarian kehidupan berkeluarga dalam kalangan ahlinya. Peserta yang hadir secara umumnya berpuas hati dengan pengisian yang diperolehi malah mengharapkan program seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap di masa akan datang.

Oleh Muhammad Taqiuddeen Bariman, Biro Komunikasi ISMA Johor Bahru

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian