Tengku Adnan ingat guru, murid boleh disuap dedak, selar PAS
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 14 Muharram 1439H, Rabu – Tindakan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membawa nostalgia lama dengan menyeru guru-guru menyokong UMNO memperlihatkan parti itu sudah tidak laku di pasaran terbuka.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, pemimpin UMNO hanya boleh menggunakan kuasa dan wang untuk tarik sokongan, tetapi tidak boleh membeli jiwa rakyat.
“Tengku Adnan fikir guru-guru ini boleh dicucuk hidung dan disuap dedak dan sagon.
“Mungkin ada seorang dua di sekolah itu yang menjadi pengampu kelas satu untuk hidup atas kepentingan sendiri, tetapi bukan untuk memajukan sekolah,” sindirnya.
Beliau berkata demikian mengulas pertandingan menghias dan persembahan kelas serta majlis penyampaian hadiah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1), semalam, anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di mana menterinya adalah Ahli Parlimen Putrajaya, yang juga Setiausaha Agong UMNO.
Kementerian dilaporkan mengenakan syarat tema pertandingan mestilah ‘UMNO dan Kemerdekaan’.
Dalam acara itu, bendera UMNO dipasang di seluruh sekolah sementara para murid juga mengibarkan bendera dan menyanyikan lagi parti berkenaan.
Dilaporkan, kira-kira 500 murid dan guru melaungkan ‘Hidup UMNO, hidup Melayu, dulu, kini dan selamanya’ selain menyanyikan lagu UMNO, pada majlis itu.
Mengulas lanjut Ustaz Idris berkata, beliau percaya majoriti guru yang berada di sekolah muak dengan perangai pemimpin UMNO seperti Tengku Adnan.
Tetapi katanya, mereka tidak mampu untuk bersuara, mampu memberontak di dalam hati sahaja.
“Tidak masuk akal guru yang cerdik dan mempunyai maklumat yang luas boleh menjadikan UMNO sebagai wadah perjuangan mereka ketika rakyat menolak UMNO,” katanya.
The post Tengku Adnan ingat guru, murid boleh disuap dedak, selar PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan