‘Tentera Rohingya’ sedia berunding dengan Myanmar

 

RAKHINE, 19 Muharram 1439H, Isnin – Tentera Keselamatan Arakan Rohingya (ARSA) memaklumkan pihaknya bersedia berunding terhadap sebarang langkah perdamaian oleh kerajaan Myanmar.

ARSA bagaimanapun tidak mengatakan apa tindakan yang akan diambil selepas gencatan senjata berakhir pada tengah malam pada hari Isnin tetapi ia bertekad untuk menghentikan kezaliman dan penindasan yang dilancarkan Myanmar terhadap rakyat Rohingya.

“Gencatan senjata itu dikuatkuasakan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Rakhine. Jika di mana-mana peringkat, kerajaan Burma cenderung kepada perdamaian. ARSA sangat mengalu-alukan langkah itu dan sedia untuk memberi respons,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Jurucakap kerajaan tidak dapat memberi maklumbalas segera.

Apabila ARSA mengumumkan gencatan senjata selama satu bulan dari 10 September, jurucakap kerajaan berkata: “Kami tidak mempunyai dasar untuk berunding dengan pengganas.”

ARSA melancarkan serangan yang disasarkan kepada kira-kira 30 pos keselamatan dan kem tentera pada 25 Ogos dengan bantuan ratusan penduduk Rohingya menggunakan tongkat atau parang. – Agensi

The post ‘Tentera Rohingya’ sedia berunding dengan Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian