Tiada rakyat Malaysia terlibat serangan di Mogadishu

BANGI, 26 Muharram 1439H, Isnin – Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden serangan bom di Mogadishu, Somalia kelmarin.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum akan terus memantau perkembangan berkenaan insiden tersebut.

“Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di ibu negara Somalia, Mogadishu pada 14 Oktober 2017, yang telah meragut sekurang-kurangnya 276 nyawa dan mencederakan lebih 275 orang.

“Jumlah mangsa dijangka meningkat memandangkan operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan,” kata kenyataan itu.

Menerusi kenyataan sama, Malaysia turut merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Republik Persekutuan Somalia, khususnya keluarga mangsa.

“Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh dikemukakan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan menerusi talian +249 183 286 376, +249 925 220 282 atau menerusi e-mel mwkhartoum@kln.gov.my,” kata kementerian itu.

The post Tiada rakyat Malaysia terlibat serangan di Mogadishu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?