Tragedi Mogadishu: Jumlah kematian meningkat kepada 358 orang

MOGADISHU, 1 Safar 1439H, Sabtu – Jumlah mangsa yang terbunuh dalam kejadian letupan bom trak di ibu kota Somalia, Mogodishu minggu lalu meningkat kepada 358 orang.

Menurut agensi berita Somalia, angka kematian tersebut telah disahkan oleh Kementerian Maklumat dan keselamatan dalam Negara menerusi satu kenyataan, semalam.

Dalam kenyataan tersebut turut mengesahkan seramai 228 orang cedera parah dalam serangan paling dahsyat di negara itu.

Terdapat penambahan angka korban tragedi ini ekoran pihak polis mengesahkan satu letupan bom dalam kenderaan pacuan empat roda turut berlaku di luar Mogadishu.

“Ledakan bom berkenaan berlaku di Kampung Markaz, kira-kira 20 kilometer barat laut Mogadishu,” kata pegawai polis, Mejar Nur Ali kepada Reuters.

Sementara itu, saksi kejadian, Ahmed memberitahu Reuters bahawa letupan berkenaan telah meragut dua nyawa iaitu merupakan pemandu dan penumpang kenderaan terbabit.

“Kenderaan berkenaan hancur dan dua mayat pemandu dalam keadaan mengerikan,” katanya.

Menurut sumber, dikatakan kumpulan bersenjata Al-Shabab penyebab berlakunya letupan bom trak minggu lalu. – Agensi

The post Tragedi Mogadishu: Jumlah kematian meningkat kepada 358 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian