Turki tahan 49 anggota Daesh

ANKARA, 9 Safar 1439H, Ahad –Pihak berkuasa Turki menahan 49 anggota kumpulan pengganas Daesh yang disyaki merancang serangan pada cuti Hari Kebangsaan Turki.

Turki menyambut Hari Kebangsaan ke-49 negara itu, pada hari ini.

Pihak berkuasa Turki juga mengeluarkan waran tangkap terhadap 55 suspek anggota Deaesh warga asing, yang dipercayai turut merancang serangan pada Hari Republik itu.

Turki ketika ini berdepan dengan beberapa serangan berdarah yang membabitkan militan Daesh, sejak dua tahun lalu.

Ia termasuk serangan pada sambutan tahun baru di sebuah kelab malam elit di Istanbul, baru-baru ini.

Bagaimanapun keadaan reda selepas serangan itu, namun ketegangan masih memuncak dan polis Turki melancarkan serbuan setiap hari terhadap kawasan yang disyaki menjadi lokasi persembunyian militan Deash di seluruh negara itu. -Agensi

The post Turki tahan 49 anggota Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian