UMNO sudah ‘bankrap’, berkempan di sekolah, kata Dr Mahathir

BANGI, 15 Muharram 1439H, Khamis – Kerajaan hari ini tiada peraturan dan undang-undang, malah dilihat bebas untuk berbuat apa sahaja, termasuk menyalahgunakan kuasa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang mengulas laporan kempen politik UMNO di sebuah sekolah di Putrajaya kelmarin berkata, beliau yakin rakyat tahu bahawa perkara berkenaan adalah salah guna kuasa oleh kerajaan.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai pertandingan menghias dan persembahan kelas serta majlis penyampaian hadiah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1), Selasa lalu, anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di mana menterinya adalah Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kementerian dilaporkan mengenakan syarat tema pertandingan mestilah ‘UMNO dan Kemerdekaan’.

Malah, dilaporkan, kira-kira 500 murid dan guru melaungkan ‘Hidup UMNO, hidup Melayu, dulu, kini dan selamanya’ selain menyanyikan lagu UMNO, pada majlis itu.

Dr Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, UMNO dilihat sudah ‘bankrap’ sehingga terpaksa melakukan apa sahaja meskipun ianya salah.

“Mereka sudah bankrap. Mereka tidak tahu apa nak buat. Mereka takut, jadi mereka buat semua benda yang salah. Ini amalan yang dilakukan diktator,” katanya kepada pemberita, di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), semalam.

Beliau berkata, sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahannya sebelum ini, beliau tidak pernah menggunakan sekolah rendah atau menengah untuk meraih sokongan rakyat.

Katanya, beliau pernah melawat negara asing di mana rakyat diwajibkan menyokong pemimpin tertinggi meskipun pemerintahnya adalah penyangak, penyamun atau pencuri.

“Bila nak kekalkan sokongan terhadap pemimpin penyagak ini, maka dia suruh semua orang pujilah pemimpin. Nyanyi lagu pemimpin dan sebagainya.

“Malangnya, ini sudah berjangkit kepada Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Razak. Sebab itulah mereka buat. Dari kecil lagi ajar orang tipu diri. Inilah cara kerajaan diktator,” katanya.

The post UMNO sudah ‘bankrap’, berkempan di sekolah, kata Dr Mahathir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian