(VIDEO) Rejim Zionis tutup media Palestin di Tebing Barat

Seorang pekerja Trans Media memeriksa piring satelit di barat Hebron berikutan penutupan pejabat media oleh rejim Israel, hari ini. – Gambar AFP

RAMALLAH, 29 Muharram 1439H, Khamis – Pasukan keselamatan rejim Zionis menyerbu dan menutup beberapa syarikat media di wilayah yang diduduki secara haram di Tebing Barat, termasuk di Ramallah, Nablus, Hebron dan Bethlehem, hari ini.

Syarikat media yang menjadi sasaran, termasuk Palmedia, Ramsat dan Trans Media, di mana Kementerian Pertahanan rejim Israel menuduh agensi media itu menghasut dan memberi perkhidmatan dalam menerbitkan saluran televisyen Hamas iaitu al-Aqsa dan al-Quds.

Klip video pergerakan kenderaan dan tentera Zionis ketika menyerbu dan menutup pejabat Palmedia di Ramallah disiarkan dalam talian oleh rangkaian berita al-Quds.

Serbuan sepanjang malam itu dilakukan beberapa jam selepas kerajaan rejim Israel mengisytiharkan mereka tidak akan berunding dengan kerajaan perpaduan Palestin yang turut dianggotai Hamas, kumpulan pejuang yang menguasai Gaza sejak 2007.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, Israel secara perlahan merampas sebahagian besar bidang kuasa awam Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Pegawai Palestin berkata, Tel Aviv sedang membangunkan kerajaan bayangan di Tebing Barat berpangkalan di ibu pejabat tentera Israel mengenai Penyelarasan Aktiviti Kerajaan Wilayah (COGAT) di penempatan Beit El, terletak tidak sampai dua kilometer dari pejabat Presiden Palestin di Ramallah.

“Israel telah menjadikan PA sebagai pihak berkuasa yang tiada kuasa,” kata Pembantu Presiden Mahmoud Abbas, Mohammed Ishtayeh.

Penutupan syarikat media itu dilaksanakan oleh COGAT, yang mempunyai kuasa untuk membatalkan permit diberikan PA.

Sebelum kewujudan PA, rejim Israel mengawal media dan akhbar Palestin dengan mengenakan tapisan menerusi pejabat tentera di Jerusalem.

Pegawai penapisan tentera akan memeriksa semua berita sebelum ia disiarkan, dengan kuasa untuk memadam apa-apa cerita yang mereka tidak gemari.

Tetapi, selepas 1994, pegawai penapisan Israel menghentikan tugasnya di kawasan yang ditadbir PA, kecuali media yang berada di timur Jerusalem, kawasan yang ditadbirnya.

Penutupan media yang dilakukan hari ini dilihat sebagai tindakan terbaharu rejim Zionis untuk kembali melakukan penapisan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini. – Agensi

The post (VIDEO) Rejim Zionis tutup media Palestin di Tebing Barat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian