Yayasan Ikhlas ke kem pelarian Rohingya November ini, sasar kumpul RM400,000 bantuan kecemasan

BANGI, 13 Muharram 1439H, Selasa – Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, melancarkan Bantuan Kecemasan Rohingya, dan mensasarkan kutipan sebanyak RM400,000 bagi bantuan buat warga Rohingya di kem pelarian di sempadan Bangladesh.

Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Ir Hj Kamaruddin Kassim berkata, sumbangan tersebut akan digunakan untuk pembinaan khemah (rumah Rohingya), lima buah masjid, 60 unit telaga tiub (tubewell) dan juga bekalab makanan kepada 5,000 keluarga Rohingya.

Beliau berkata, misi bantuan ini akan dijalankan oleh Yayasan Ikhlas dengan kerjasama beberapa NGO di sempadan Bangladesh – Myanmar.

“Kerjasama ini telah dijalinkan sejak bulan Disember 2016 ketika berlakunya penghijrahan ramai Rohingya ke sempadan Bangladesh.

“Pada waktu-waktu kemuncak orang Rohingya diserang pada hujung Disember 2016, Yayasan Ikhlas telah datang ke Cox’s Bazar, bermesyuarat dengan lebih dari enam NGO dan akhirnya kami memutuskan rakan kerjasama yang boleh dijalinkan bagi misi bantuan Rohingya ini.

“Kami juga masuk ke kem pelarian Rohingya ketika itu, itupun suatu rahmat dan peluang yang Allah beri pada kami, sebab pada ketika itu berlaku kawalan yang sangat ketat oleh polis Bangladesh di sekitar kem pelarian. Menurut rakan NGO di sana, mereka yang tinggal di sana pun susah nak masuk ke dalam,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, delegasi Yayasan Ikhlas Malaysia tahun ini sekali lagi akan ke sana pada bulan November 2017.

“Yayasan Ikhlas akan menghantar delegasi ke kem pelarian Rohingya pada bulan November ini. Misi berkenaan akan disertai 9 anggota delegasi dan diketuai oleh Timbalan Pengerusi Yayasan Ikhlas, Tn Hj Zaim Shaari, beberapa ahli sukarelawan Yayasan Ikhlas dan beberapa ahli I-Medik yang merupakan doktor perubatan.”

“Para sukarelawan Yayasan Ikhlas akan membantu menyalurkan bantuan makanan, membantu pembinaan telaga tiub serta membantu membina khemah penempatan. Doktor perubatan yang dibawa pula akan membantu memberi khidmat rawatan dan pemberian ubat kepada pelarian Rohingya yang berada dalam keadaan sakit.

“Target kami untuk masuk ke tiga kem pelarian iaitu Kem Kutupalong, Kem Balukhali dan Kem Nayapara. Setakat ini, kami telah ada rakan-rakan NGO di setiap kem ini, dan segala proses di sana akan diuruskan mereka, insyaAllah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membuat sumbangan boleh dibuat terus kepada akaun Yayasan Ikhlas Maybank 5628 3463 6228, CIMB 8600 601 366 atau Bank Islam 1108 0100 1514. Makluman atau pertanyaan boleh hubungi pegawai Yayasan Ikhlas di talian 012-979021.

The post Yayasan Ikhlas ke kem pelarian Rohingya November ini, sasar kumpul RM400,000 bantuan kecemasan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian