ismakualaterengganu

80 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam serangan rejim Assad, Russia

BEIRUT, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam ekoran dua serangan berasingan dipercayai di...

BEIRUT, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam ekoran dua serangan berasingan dipercayai didalangi rejim Bashar al-Assad dan sekutunya Russia di bahagian timur serta selatan Syria.

Menurut laporan Al Jazeera hari ini, majoriti mangsa yang terbunuh adalah dalam kalangan orang awam.

Dalam serangan yang dilancarkan pesawat pengebom Russia di sebuah perkampungan wilayah timur Deir Az Zor, kira-kira 51 orang terbunuh semalam.

Empat yang lain dilaporkan terbunuh dalam serangan berasingan ke atas kampung al-Darnaj pada hari sama, menyebabkan angka kematian meningkat kepada 55 orang.

Serangan sama turut dilancarkan oleh rejim Syria dan Russia di Ghouta Timur, sebuah daerah di luar ibu negara Damsyik, menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh, yang juga dilakukan semalam.

Ia menyasarkan pasar awam berhampiran kawasan perumahan di Misraba, sehingga 16 orang terkorban. Manakala, sembilan yang lain dalam serangan di kawasan kejiranan Medyara dan Douma.

Menurut pemerhati hak asasi manusia yang berpangkalan di United Kingdom (UK), 25 mangsa terbunuh termasuklah lima kana-kanak dan tiga wanita.- Agensi

The post 80 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam serangan rejim Assad, Russia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 126334832850654648

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item