94,408 rakyat Malaysia diisytihar muflis sejak 2013
KUALA LUMPUR, 13 Safar 1439H, Khamis – Lebih 90,000 rakyat Malaysia diisytiharkan muflis sejak 2013, dengan hampir 97 peratus daripada mereka gagal membayar balik ansuran kepada institusi kewangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan sejumlah 94,408 orang diisytiharkan muflis sejak 2013 hingga Ogos tahun ini.
“Kira-kira 91,180 diisytiharkan muflis kerana gagal membayar balik ansuran, termasuk pinjaman sewa beli kenderaan, pembiayaan peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan, kad kredit, penjamin sosial dan korporat.
“Berdasarkan jumlah itu, 25,137 atau 27.57 peratus orang yang diisytihar muflis adalah kerana gagal membayar balik pinjaman sewa beli,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) di Dewan Rakyat.
Azalina berkata, golongan paling rendah diisytiharkan muflis adalan penjamin korporat dengan 2,954 orang (3.24 peratus) sahaja.
The post 94,408 rakyat Malaysia diisytihar muflis sejak 2013 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan