Agenda GPS bantu tambah kerusi pemimpin Melayu, Islam di Parlimen

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 17 Safar 1439H, Isnin – Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid menyokong inisiatif diperkenalkan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) melalui penubuhan Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

Memuji penubuhan itu, beliau yakin sekiranya dilaksanakan secara teratur, bilangan kerusi di Dewan Rakyat bakal akan meningkatkan ahli Parlimen Melayu Islam, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka diadakan tahun depan.

“Keadaan yang dilihat ketika ini ialah kawasan pengundi campuran, yang mana pengundi Melayunya antara 55 hingga 60 peratus. Tetapi sesetengah kawasan Parlimen, pemimpin BN dilihat meletakkan calon bukan Melayu.

“Dan saya kira kawasan itu amat kritikal bagi pengundi Melayu, kerana keadaan sekarang tidak wajar seorang pengundi Melayu beri undi kepada calon bukan Melayu. Namun ia bukan bermakna kita rasis,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan GPS supaya menekankan perlunya kawasan kritikal diletakkan calon berbangsa Melayu.

Jelasnya, rata-rata pengundi Melayu berasa dilema apabila calon yang diletakkan di kawasan mereka adalah daripada bukan Islam, sehingga membuatkan mereka enggan untuk melaksanakan tanggungjawab memilih.

The post Agenda GPS bantu tambah kerusi pemimpin Melayu, Islam di Parlimen appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian