Amalan Wasatiyyah solusi fahaman radikal, ekstrem: Khutbah

BANGI, 28 Safar 1439H, Jumaat – Khutbah Jumaat hari ini mengingatkan umat Islam supaya sentiasa bimbang dengan penularan fahaman radikal, sempit serta pendekatan ekstrem dalam isu tertentu yang menjurus kepada perpecahan masyarakat dan negara.

Menurut teks khutbah yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ketika ini, di kalangan negara Islam sedang berdepan dengan iklim ekonomi cukup getir termasuk dugaan politik tidak menentu.

Sehubungan itu, khutbah berkata, langkah terbaik kepada permasalahan berkenaan ialah mengamalkan wasatiyyah sebagai solusi, sekaligus menyifatkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul.

“Dalam konteks negara hari ini, konsep wasatiyyah menjadi suatu dasar yang penting dalam mewujudkan keseimbangan dari segi membina perpaduan yang lebih harmoni.

“Sejak diangkat menjadi salah satu Dasar Negara pada 21 Oktober 2016 lalu, Dasar Wasatiyyah Negara (DWN) diyakini dapat membantu masyarakat memupuk sifat kesederhanaan, pertengahan, kesimbangan, keadilan dan kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan,” kata khutbah.

Menurut Jakim, neraca kesederhanaan dalam Islam bukanlah sesuatu yang subjektif dan ditentukan oleh akal manusia semata-mata.

Sebaliknya, kesederhanaan dalam Islam bertunjangkan ajaran yang perlu mematuhi prinsip-prinsip tertentu dan bukan mengaitkan secara lepas bebas.

“Untuk itu, al Quran dan as Sunnah dijadikan sebagai petanda aras (benchmark) yang standard dan mematuhi semua kriteria asas iaitu akidah (prinsip tauhid), syariah (maqasid syariyyah) dan akhlak.

“Sebaliknya pelampauan akan berlaku sekiranya seseorang itu meninggalkan perintah agama atau melakukan sesuatu larangannya.

“Kesederhanaan dalam Islam tidak boleh dan tidak akan dicapai dengan meninggalkan ajaran Islam yang telah thabit secara qat’ie seperti bersolat, berpuasa dan menutup aurat,” katanya.

Justeru, untuk memahami kesederhanaan dalam Islam, ia memerlukan kefahama tasawwur Islam yang menyeluruh dan tepat, di samping memahami hikmah di sebalik ajaran dan maqasid syariat Islam.

“Dalam mendepani kebimbangan ini, maka kerajaan telah memberi perhatian yang cukup serius dalam membendung segala anasir jahat yang boleh mengugat keharmonian rakyat dan negara dengan memperkenalkan pendekatan yang dilihat amat tepat dengan situasi semasa.

“Pendekatan wasatiyyah adalah jalan terbaik dalam merungkai kemelut ini kerana wasatiyyah adalah tonggak utama yang mendasari prinsip Maqasid Syar’iyah, Fiqh Awlawiyat dan Hikmah,” kata khutbah.

The post Amalan Wasatiyyah solusi fahaman radikal, ekstrem: Khutbah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian