Aman Palestin bina semula Masjid Imam Shafie di Gaza

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Pembinaan semula masjid Imam Shafie di Gaza masih diteruskan sehingga hari ini, selepas dimusnahkan rejim Zionis pada tahun 2014.

Aman Palestin Berhad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab penuh dalam pembinaan semula masjid berkenaan.

Katanya, membaik pulih Masjid Imam Shafie memerlukan kos sebanyak AS$2.65 juta yang mana akan ditaja sepenuhnya oleh Aman Palestin.

“Alhamdulillah, bahagian tapak masjid telah siap dibina dan proses pembinaan bahagian-bahagian lain akan dilaksanakan sedikit demi sedikit sehingga selesai.

“Masjid yang dibina semula itu akan memberi ruang kepada 2,500 jemaah yang ingin beribadah dan mempelajari ilmu agama di Gaza selepas Zionis Israel memusnahkan masjid tersebut,” kata kenyataan itu.

Aman Peleatin berkata, bagi fasa pertama ia melibatkan pembersihan kawasan daripada sisa runtuhan dan telah diselesaikan dengan jayanya.

“Fasa kedua adalah pemasangan struktur besi untuk kawasan dewan yang kini digunakan sebagai masjid sementara.

“Manakala fasa ketiga adalah pembinaan bahagian utama masjid dengan keluasan 2,500 meter persegi,” katanya.

Pada masa sama, Aman Palestin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan untuk pembangunan di Gaza.

“Terima kasih kepada para penyumbang yang memberi sumbangan dalam pembinaan Masjid Imam Shafie dan projek-projek Aman Palestin,” katanya.

The post Aman Palestin bina semula Masjid Imam Shafie di Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian