ismakualaterengganu

Amaran angin kencang di pantai timur Semenanjung, Sarawak

KUALA LUMPUR, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora...

KUALA LUMPUR, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua untuk aktiviti perkapalan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, angin kencang Timut Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka melanda Perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Labuan dan Palawan.

Selain itu, MetMalaysia turut memberi amaran angin kencang dan laut bergelora di kategori pertama kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Labuan.

“Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

“Angin kencang Barat Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga Sabtu.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya.

The post Amaran angin kencang di pantai timur Semenanjung, Sarawak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 5475745220024528560

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item