Amaran hujan lebat di enam negeri

BANGI, 22 Safar 1439H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di enam negeri di Semenanjung termasuk kawasan Lembah Klang.

Jabatan berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Cuaca buruk berkenaan membabitkan beberapa daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Keadaan itu juga turut menjejaskan bahagian Selatan tanah air iaitu Negeri Sembilan (daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson), Melaka dan Johor (daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

Tidak terkecuali beberapa daerah di Perak membabitkan Manjung, Perak Tengah dan Bagan Datoh.

The post Amaran hujan lebat di enam negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian