Amaran hujan lebat di Pantai Timur, Utara Semenanjung

BANGI, 13 Safar 1439H, Khamis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan beserta angin kencang di negeri di Pantai Timur dan utara Semenanjung, sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Kelantan antaranya Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Ia juga turut menjejaskan beberapa kawasan di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.

Tidak terkecuali akan dilanda hujan lebat adala negeri di bahagian utara tanah air membabitkan Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (daerah Hulu Perak).

The post Amaran hujan lebat di Pantai Timur, Utara Semenanjung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian