ismakualaterengganu

Ankara haram semua acara LGBT

ANKARA, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Turki mengharamkan tayangan filem atau apa-apa pertunjukan yang berkaitan golongan bermasalah lesbian...

ANKARA, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Turki mengharamkan tayangan filem atau apa-apa pertunjukan yang berkaitan golongan bermasalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata pejabat Gabenor Angkara.

Larangan itu bermula pada kelmarin di wilayah Ankara dan akan berterusan sehingga notis selanjutnya.

“Bermula dari 18 November 2017, sebarang acara yang berkait dengan LGBT … pawagam, teater, panel, wawancara, pameran diharamkan sehingga notis selanjutnya di wilayah kami untuk memberikan keamanan dan kesejahteraan,” kata pejabat gabenor dalam satu kenyataan.

Kenyataan menyebut bahawa pameran sedemikian boleh menyebabkan kumpulan yang berlainan dalam masyarakat di wilayah itu untuk membenci secara terbuka dan membawa kepada permusuhan terhadap satu sama lain dan oleh itu menimbulkan risiko keselamatan awam.

Pihak berkuasa di Ankara telah mengharamkan perayaan filem gay Jerman pada hari Rabu, sehari sebelum ia bermula, berikutan risiko keselamatan dan keganasan awam.

Sebelum ini, perarakan kebanggaan gay telah diharamkan di Istanbul sejak dua tahun lalu. – Agensi

The post Ankara haram semua acara LGBT appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 3990414315897299559

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item