Arab Saudi larang berswafoto, ambil video di Masjidil Haram, Masjid Nabi

RIYADH, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Arab Saudi mengharamkan pengunjung di dua Tanah Suci daripada berswafoto berlatarbelakangkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, lapor Daily Sabah – akhbar yang pro kerajaan Turki.

Keputusan melarang mengambil foto dan video di Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid an-Nabawi atau ‘Masjid Nabi’ di Madinah, telah dipersetujui oleh Kementerian Luar Arab Saudi sejak 12 November lalu.

“Larangan itu perlu dipatuhi tanpa mengira objektif, termasuk wakil media, bagi melindungi dan memelihara tempat suci,” lapor akhbar itu yang memetik satu kenyataan daripada Ketua Direktorat Akhbar dan Maklumat Arab Saudi.

Disamping itu, larangan berkenaan juga perlu dipatuhi di kawasan sekitar masjid berkenaan.

Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa perbuatan mengambil gambar dan video di kedua-dua masjid itu akan mengganggu jemaah lain untuk beribadat.

“Sekiranya ada pengunjung yang tidak mematuhi larangan tersebut, peralatan yang digunakan untuk mengambil gambar dan video akan dirampas dan tindakan undang-undang akan dikenakan.

“Ini bertujuan memastikan pelaksanaan ibadah oleh jemaah lain dapat dilakukan dengan cara yang lebih baik,” kata kenyataan itu.

Awal minggu ini, tular gambar seorang lelaki Israel berswafoto di Masjid Nabawi, di media sosial hingga mendapat kritikan hebat umat Islam, kerana bukan Islam dilarang sama sekali memasuki kawasan berkenaan. – Agensi

The post Arab Saudi larang berswafoto, ambil video di Masjidil Haram, Masjid Nabi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian